Assalammualaikum dan salam sejahtera.Namaku Razi Bin Osman dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 7hb Ogos 1981.
Aku dibesarkan di Pulau Pinang di kampung ibuku iaitu Siram Road, Butterworth.
Pendidikan awalku di SRK St.Mark di Butterworth dan mendapat pendidikan menengah di SMK Dato Haji Abdul Kadir,Kepala Batas sehingga tamat tingkatan 6.Walaupun mendapat keputusan yang baik aku tidak menyambung pendidikan di universiti kerana telah mendapat tawaran kerja di Jabatan Peguam Negara,Putrajaya semasa menunggu keputusan STPM berbekalkan kelayakan SPM.Bukan mudah mendapatkan kerja dalam perkhidmatan kerajaan dan rezeki itu tidak aku lepaskan.
Setelah setahun lebih bekerja di Putrajaya aku mendapat tawaran dari Jabatan Laut Malaysia dan aku membuat pelepasan jawatan di Jabatan Peguam Negara untuk bertugas di Jabatan Laut Malaysia sehingga kini.Posting pertama ku adalah di Jabatan Laut Pulau Pinang iaitu tempatku sendiri,sekurang-kurangnya aku dapat berjimat kerana tidak perlu menyewa rumah atau tinggal di kuarter.
Setelah setahun lebih aku ditukarkan pula ke Jabatan Laut Langkawi dimana sebelum ini aku pun tidak pernah menjejaki kaki di Pulau Langkawi dan aku mengambil tidak melepaskan peluang ini...maklumlah still bachelor time tu. Disini akulah bertemu jodoh dengan isteriku Umi Rusidah bt Ramli yang berasal dari Alor Setar.Setelah 11 tahun di Lkawi dan dikurniakan seorang cahaya bernama Iman Rizzwa bin Razi dan permohonanku untuk bertukar ke Kuala Perlis diluluskan , mungkin rezeki anakku juga.
Setelah ditukarkan ke Kuala Perlis impian yang tergantung untuk menyambung ijazah semakin membuak-buak dan alhamdulillah permohonanku diterima masuk ke UUM Sintok.
Kini aku sudah memasuki semester 2 dan tugasan blog ini adalah salah satu tugasan walaupun sebelum ini aku hanya membaca blog orang sahaja.Kini aku sendiri mencipta blog atas tunjuk ajar pensyarahku yang mana pensyarah sentiasa membantu pelajar yang sudah berumur sepertiku.Terima kasih Tuan Tarmizi semoga terus kekal mendidik anak bangsa yang ingin mengubah nasib demi keluarga sepertiku
THE RED TABLE
Search This Blog
Monday, 31 July 2017
Biodataku
Monday, 24 July 2017
Perkahwinan Campur Di Malaysia
1.0
PEN PENGENALAN
Perkahwinan
campur merupakan perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua belah pihak
yang berlainan latar belakang
sama ada dari segi agama, bangsa, kewarganegaraan,
kebudayaan dan lain-lain.
Menurut
Anuar Puteh, Razaleigh Muhamat @ Kawangit serta Abdul Ghafar Haji Don, perkahwinan campur adalah
perkahwinan yang terhasil daripada komunikasi dan interaksi antara manusia yang
terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya.[1]
Secara
umumnya, perkahwinan campur atau (inter-marriage)[2]
dapat dikategorikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah perkahwinan campur yang berlaku
antara kaum atau etnik seperti
kaum Melayu dan kaum Cina. Kategori yang kedua ialah perkahwinan campur antara
negara, contohnya
Malaysia
dan China.Manakala kategori
perkahwinan campur yang ketiga ialah perkahwinan antara agama, contohnya agama Islam dan
Kristian.Oleh itu, tugasan ini
bertujuan untuk membincangkan isu perkahwinan campur di Malaysia yang berlangsung sejak dahulu sehingga kini.
2.0
SEJARAH PERKAHWINAN CAMPUR
Menurut
catatan sejarah, hubungan antara kerajaan Melayu dengan tamadun-tamadun lain
khususnya tamadun China, India, Arab dan lain-lain lagi telah berlaku pada awal
Masihi lagi.Liang Liji (1996)menyatakan bahawa hubungan antara negeri China
dengan Alam Melayu telah lama wujud sebelum abad pertama lagi, iaitu pada abad
kedua sebelum Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-177 S.M).[3]
Walau bagaimanapun, kemuncak kepada hubungan antara tamadun Melayu di Nusantara
dengan tamadun lain berlaku semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Ramai sarjana dan sejarawan berpendapat bahawa kemuncak kepada hubungan
antara China dan Nusantara berlaku
semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka dari aspek politik, mahupun jalinan perdagangan.[4]
Istilah
perkahwinan campur merupakan satu istilah yang tidak asing lagi bagi rakyat di
negara ini. Di Malaysia, sejarah perkahwinan campur bermula pada zaman
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang merupakan sebuah kerajaan yang terkenal dengan
kehebatan dan kegemilangan kerajaannya dari pelbagai aspek, khususnya perdagangan sehinggakan
Melaka pada zaman dahulu lebih dikenali sebagai 'East Of Venice'. Sejarah mencatatkan bahawa abad
ke-15 sehingga abad ke-16
merupakan zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan
yang paling utama di Nusantara. Dengan itu, Melaka yang berkembang pesat telah dikunjungi
pedagang-pedagang luar,
selain
menjalin hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara lain.
Sehubungan
dengan itu, hubungan persahabatan yang terjalinantara kerajaan Melaka dengan
kerajaan China yang begitu kukuh terjalin baik dalam aspek persahabatan,
perdagangan dan lain-lain lagi telah membawa kepada berlakunya perkahwinan
campur diantara dua buah negara ini. Buktinya, perkahwinan antara puteri Hang Li Po dengan
Sultan Melaka,
iaitu Sultan Mansur
Syah
telah menjadi perintis kepada sejarah perkahwinan campur di Melaka hingga
tersebar hingga ke seluruh pelosok tanah jajahannya.[5]Jalinan
persahabatan dan perdagangan serta hubungan diplomatik antara dua buah negara
ini diperkukuhkan lagi dengan berlakunya perkahwinan antara dua buah negara
yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan persahabatan antara dua negara.
Bukan
itu sahaja, perhubungan antara Kesultanan Melayu Melaka dengan negara China
yang begitu kukuh juga turut membawa kepada berlakunya perkahwinan campur di
negara ini.Hubungan baik yang terjalin antara dua buah negara ini mendorong
lebih banyak masyarakat Cina datang berhijrah ke Melaka.Rentetan daripada itu, berlakulah migrasi orang-orang
Cina ke Melaka yang akhirnya mendorong kepada asimilasi kebudayaan sehingga
wujudnya keturunan Baba dan Nyonya hasil dari perkahwinan campur antara
masyarakat Cina dengan masyarakat tempatan.[6]Dalam pada itu, ada
antara
mereka yang terus menetap dan berkahwin dengan masyarakat tempatan sehingga
membentuk satu komuniti baru di Tanah Melayu pada ketika itu.Perkahwinan campur antara masyarakat
Cina dan orang tempatan di Melaka telah melahirkan masyarakat Baba Nyonya
sehingga ke hari apabila
mereka membentuk
komuniti mereka sendiri pada awal abad ke-17 dan abad ke-18 dengan menetap di Melaka dan
Pulau Pinang. Oleh yang demikian,
jelaslah bahawa interaksi yang baik antara masyarakat Cina dan orang
tempatan ini telah melahirkan masyarakat baru di Melaka malahan turut mewujudkan satu budaya baru di negara ini. Proses akulturasi
yang berlaku dengan baik pada masa dahulu mewujudkan keharmonian kaum dan
perkongsian budaya antara kaum sebelum berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang
meninggalkan peristiwa bersejarah di negara ini.[7]
Selain
itu, sejarah perkahwinan campur di Malaysia juga bermula ekoran kedatangan
masyarakat India ke Tanah Melayu pada masa dahulu lagi.Alam Melayu khususnya
Melaka bukan sahaja menjalin hubungan dengan negara China malahan turut
menjalin perhubungan dengan negara-negara lain seperti India.Terdapat beberapa
pandangan sarjana yang berpendapat bahawa kedatangan masyarakat India ke alam
Melayu adalah disebabkan oleh faktor perdagangan di negeri-negeri Melayu
seperti di Gangga Negara, Beruas dan Melaka.Menurut catatan sejarah lampau,
penempatan awal masyarakat ini di Melaka adalah di Tanjung Keling.Dalam hal
ini, sejarah perkahwinan campur bermula apabila para pedagang India yang datang
ke Tanah Melayu berkahwin dengan orang tempatan sehingga mewujudkan golongan
India campuran Melayu yang beragama India Muslim.[8]
Bukan
itu sahaja, sejarah perkahwinan campur di negara ini juga berlaku semasa era
penjajahan kuasa asing di negara ini.Penjajahan kuasa asing seperti Portugis ke atas Melaka umpamanya telah meninggalkan
pelbagai kesan yang dapat dilihat sehingga ke hari ini.Sebagai contoh, kedatangan kuasa Portugis ke Melaka
telah menyebabkan berlakunya perkahwinan campur antara masyarakat tempatan
dengan orang Portugis.Hal ini terjadi disebabkan oleh tindakan Alfonso de Albuquerque
yang menggalakkan perkahwinan campur dalam kalangan orang Portugis dan wanita
tempatan. Dalam hal ini, lelaki yang berkahwin dengan masyarakat tempatan ini
dipanggil sebagai “casado” dan perkahwinan campur antara orang Portugis dengan
wanita tempatan telah melahirkan masyarakat baru di Melaka yang dikenali
sebagai Mestizo dan melahirkan anak berbangsa “eurasian”.[9]
3.0 PUNCA
BERLAKUNYA PERKAHWINAN CAMPUR
3.1 Faktor
Perdagangan
Perkahwinan campur yang terjadi antara
dua pihak yang berlainan bangsa agama kewarganegaraan dan sebagainya terjadi
disebabkan oleh faktor perdagangan.Seperti yang diketahui, perdagangan
merupakan salah satu aspek penting kepada kemakmuran dan kegemilangan sesebuah
negara dan kerajaan pada masa dahulu.Menurut Risso dalam bukunya, dunia Melayu sentiasa didatangi para
pedagang dari Arab, Cina, India dan Parsi.Menurutnya, aktiviti perdagangan yang
berjalan dengan lancar membuatkan dunia Melayu khususnya Melaka sentiasa
dikunjungi para pedagang dari luar memandangkan aspek keselamatan para pedagang
sentiasa terjamin.[10]Jika
dilihat pada sejarah masa lampau, hampir semua kerajaan dan negeri yang ada di
semua negara umumnya terlibat dalam kegiatan perdagangan.Di Sumatera khususnya
merupakan sebuah rantau yang aktif dalam kegiatan perdagangan khususnya
melibatkan perdagangan maritim. Kepelbagaian komoditi yang ada di setiap negara
membawa kepada berlakunya hubungan perdagangan dengan negeri lain.[11]
Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, Melaka menjadi
sebuah kerajaan yang terkenal dengan kegiatan perdagangannya yang begitu pesat
membangun.Pelabuhan Melaka pada ketika itu berperanan sebagai pelabuhan
enterprot dan
sebagai tempat pengumpulan barangan dari merata tempat gugusan kepulauan
Melayu.[12]Kedudukan Selat Melaka yang strategik menjadi laluan
utama para pedagang yang datang dari pelbagai negara khususnya Arab, Parsi,
India dan China.[13]Kedatangan
para pedagang yang datang dari pelbagai negara ini menjadikan pelabuhan Melaka
sebagai tempat pertemuan para pedagang dan menjadikan Melaka sebagai sebuah
pusat perdagangan antarabangsa dengan kehadiran para pedagang dari seluruh
kawasan serantau.[14]Oleh
itu, tidak hairanlah jika masa itu Melaka menjadi tumpuan utama para pedagang
yang datang singgah untuk berdagang memandangkan terdapat pelbagai jenis
barangan yang boleh didapati di pelabuhan ini.
Oleh yang demikian, kedatangan para pedagang yang datang dari pelbagai
negara seperti China, Arab, India, Parsi dan lain-lain lagi membawa kedatangan
para pedagang yang terdiri daripada bangsa yang berbeza. Hal ini menjadi salah
satu faktor berlakunya perkahwinan campur di Tanah Melayu khususnya di Melaka
pada masa itu.Sejajar dengan perkembangan pesat Melaka sebagai sebuah pusat
perdagangan antarabangsa, ada di antara para pedagang-pedagang yang datang
berdagang di Melaka berkahwin dengan orang tempatan.Malahan, ada juga di
kalangan pedagang yang datang berdagang terus menetap di Melaka dan berkahwin
dengan orang tempatan.Selain itu, para pedagang yang singgah ke Melaka
sementara menunggu peralihan angina monsoon juga membawa kepada berlakunya
perkahwinan campur antara para pedagang yang datang dari seluruh negara dengan
orang tempatan.
3.2 Faktor
Hubungan Diplomatik
Hubungan
diplomatik merupakan salah satu faktor dominan yang menyebabkan berlakunya
perkahwinan campur.Hubungan diplomatik yang dimaksudkan ialah hubungan
diplomatik yang terjalin antara dua buah negara yang berlainan.Hubungan
diplomatik yang terjalin antara dua buah kerajaan adalah bertujuan untuk
mengeratkan lagi hubungan antara dua buah negara. Selain itu, ia bertujuan
untuk memudahkan lagi urusan antara dua buah negara terutama dari aspek
pentadbiran, ketenteraan, perdagangan dan lain-lain lagi.
Menurut Gusti Asnan, hubungan politik tidak hanya dijalin sesama
kerajaan dan negeri yang ada di Sumatera.Beberapa kerajaan dan negeri juga
menjalin hubungan politik dengan kerajaan yang ada di seberang laut. Misalnya,
Rokan, Siak, Kampar, Indragiri dan Tungkal menjalin ikatan menjadi daerah
lingkungan dari Melaka.[15]Dalam
konteks kelautan berdasarkan hubungan diplomatik Melaka telah mencapai
kegemilangan semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah.Hal ini kerana
pelabuhan Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan yang popular dan masyhur dalam
kalangan para pedagang. Bagi memelihara keselamatan Melaka, maka negeri
tersebut telah mengadakan hubungan dengan negara lain yang merentasi lautan.
Faktor ini membantu Melaka menjadi suatu kuasa yang kuat di Nusantara.Oleh itu,
kerajaan Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain
antaranya China, Gujerat, Ryukyu, Siam dan Tanah Arab.
Jalinan persahabatan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan dan faedah
kepada negeri Melaka itu sendiri.Melalui hubungan ini, Melaka mendapat
pengiktirafan sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat.[16]Dengan itu, hubungan
diplomatik yang terjalin diperkukuhkan lagi melalui ikatan perkahwinan yang
berlaku antara dua buah negara.Perkahwinan yang berlaku ini selalunya
dijalankan bagi mengeratkan lagi perhubungan antara dua buah negara selain
memudahkan urusan pentadiran negara. Sebagai contohnya, perkahwinan antara
Puteri Hang Li Po dari negara China dengan Sultan Mansur Syah dari Melaka yang
mengukuhkan lagi persahabatan kedua buah negara ini.[17]
3.3 Faktor penyebaran agama
Faktor
penyebaran agama juga merupakan salah satu faktor yang membawa kepada
terjadinya perkahwinan campur, Umum mengetahui bahawa kedatangan para
mubaligh-mubaligh ke sesebuah tempat adalah bertujuan untuk menyebarkan
agama.Antaranya kedatangan mubaligh China, Eropah dan Arab.Kedatangan agama Hindu-Budha dan agama Islam ke
Nusantara membawa kepada penyebaran agama tersebut di rantau ini. Dalam hal
ini, penyebaran agama Hindu-Buddha berkait rapat dengan proses Indianisasi. Ada
di kalangan para mubaligh yang menyebarkan dakwah mereka melalui perkahwinan
dengan orang tempatan.Malahan, para mubaligh itu sendiri terdiri dari kalangan
pedagang yang datang berdagang.Sebagai contohnya di Melaka, kedatangan para
pedagang Arab ke Melaka yang membawa sekali agama mereka iaitu agama Islam
untuk disebarkan. Ringkasnya, Islam dibawa bersama-sama barang dagangan dari
negeri-negeri Arab, Parsi, Koromandel, Malabar dan Gujerat untuk
disebarkan.Sebagai kesannya, Kesultanan Melayu Melaka telah berkembang menjadi pusat
penyebaran agama Islam di Nusantara pada ketika itu. Dalam hal ini, agama Islam
telah di bawa oleh para pedagang Islam yang telah berdagang di Nusantara
berdasarkan kepada teori kedatangan agama Islam yang menjelaskan kedatangan
Islam dari India, China dan Arab.
Selain
itu, kedatangan para pedagang India Muslim khususnya ke Tanah Melayu bukan
sahaja semata-mata untuk menjalankan kegiatan perdagangan akan tetapi bertujuan
untuk menyebarkan dakwah dan agama Islam. Perkahwinan campur antara masyarakat
India Muslim dan orang Melayu tempatan memudahkan mereka menyebarkan dakwah
Islam memandangkan terdapatnya ciri-ciri persamaan budaya antara dua
pihak.Sebagai contohnya, kemahiran mereka yang fasih dalam berbahasa Melayu,
Tamil dan juga Arab memudahkan mereka mengajar dan menyebarkan dakwah di
masjid-masjid, bandar dan kawasan kampung.[18]Malahan,
melalaui perwatakan, sikap dan akhlak yang baik menyakinkan masyarakat setempat
untuk menerima ajaran dan memudahkan lagi penyebaran dakwah mereka.[19]
3.4. Faktor
Kebudayaan
Budaya
merupakan tatacara hidup sesuatu kelompok atau kumpulan sosial, iaitu seluruh
kehidupan dan persekitaran yang dibina oleh manusia hasil amalan dan hubungan
manusia dalam linkungan persekitaran yang meliputi budaya kebendaan dan budaya
bukan kebendaan.[20]Dalam
hal ini, faktor kebudayaan sesebuah bangsa mendorong kepada berlakunya
perkahwinan campur antara dua buah pihak. Hal ini terjadi apabila wujudnya
persamaan kebudayaan sesebuah bangsa yang dapat dilihat dalam aspek keagamaan,
cara hidup dan lain-lain yang mendorong berlakunya perkahwinan campur sesebuah
bangsa. Sebagai contohnya, faktor persamaan kebudayaan yang meliputi agama dan
nilai-nilai tradisi Islam, budaya dan tradisi yang sama antara dua kelompok
yang berbeza negara memudahkan lagi berlakunya proses perkahwinan campur. Hal
ini adalah kerana, persamaan budaya, cara hidup, agama dan sebagainya
memudahkan penggabungan budaya dan masyarakat dua kelompok yang berbeza.[21]
Faktor
persamaan kebudayaan yang menggalakan
berlakunya perkahwinan campur antara dua buah kelompok dapat dilihat seperti
yang berlaku di Tanah Melayu pada masa dahulu. Sebagai contohnya kedatangan
pedagang-pedagang India muslim ke Tanah Melayu yang datang untuk berdagang. Pedagang-pedagang
India muslim yang datang ke Tanah Melayu khususnya di Melaka yang terkenal
dengan pusat perdagangan utama di Nusantara bukan sahaja menjalankan urusan
perdagangan malahan ada yang tinggal menetap di Melaka. Bukan itu sahaja,
pedagang yang singgah di pelabuhan Melaka sementara menunggu peralihan angin
monsun berkahwin dengan wanita Melayu tempatan. Dengan itu, berlaku proses
perkahwinan campur dan penggabungan budaya antara dua buah kelompok ini
sehingga melahirkan bangsa kacukan India Muslim yang terhasil dari perkahwinan
campur tersebut. oleh itu, perkahwinan campur yang terjadi membawa kepada
penggabungan dan penerimaan budaya yang berterusan.
3.5 Faktor
dasar penjajahan Barat
Kekayaan
sumber hasil bumi dan bahan mentah di Asia Tenggara telah menarik minat kuasa
kuasa Barat untuk meluaskan kuasa mereka.Kedatangan kuasa luar ini khususnya ke
Alam Melayu adalah bertujuan untuk menguasai perdagangan dan pusat perdagangan
di dunia Melayu.[22]Selain
itu, kuasa Barat ini juga bertujuan untuk menguasai politik ekonomi dan sosial
serta menyebarkan agama kristian di Alam melayu khususnya selaras dengan slogan
3G Gold Gospel dan Glory.[23]
Penjajahan
kuasa-kuasa Barat seperti Portugis, Belanda, British dan lain-lain lagi telah
mencorakkan suasana yang baru khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi
di negara jajahan.Di Tanah Melayu khususnya telah menerima satu tamparan yang
hebat terhadap dasar pentadbiran, aspek sosial dan ekonomi di negeri
itu.Sebagai contohnya, perubahan yang ketara dalam aspek ekonomi di Tanah
Melayu apabila British memonopoli sistem ekonomi di negeri itu.Selain menguasai
sistem ekonomi di Tanah Melayu, struktur sosial masyarakat di Tanah Melayu
mengalami perubahan apabila pihak British membawa masuk buruh-buruh Cina dan India
ke Tanah Melayu.Kemasukan imigran
Cina dan India ini adalah bertujuan untuk memenuhi tenaga buruh di Tanah
Melayu.
Dalam hal ini,
orang Cina dibawa masuk oleh British melalui sistem kontrak dan bekerja di
lombong bijih timah di Perak, Selangor dan negeri Sembilan.[24]
Sementara itu, Brtish juga membawa masuk buruh-buruh India ke Tanah Melayu
melalui sistem Kangani, sistem kontrak dan buruh bebas dan bekerja di ladang-ladang getah khususnya.[25]Oleh
yang demikian, hal ini bukan sahaja mewujudkan masyarakat berbilang kaum di
Tanah Melayu malahan turut membawa kepada berlakunya perkahwinan campur di
Tanah Melayu.
Kemasukan kaum Cina dan
India ke Tanah Melayu beramai-ramai melalui dasar British telah mewujudkan
masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.Penghijrahan beramai-ramai imigran
Cina dan India ke Tanah Melayu mendorong kepada berlakunya perkahwinan campur antara
masyarakat tempatan.Hal ini kerana, terdapat golongan imigran ini yang terus
tinggal menetap di Tanah Melayu setelah tamat kontrak.Dengan itu, wujud
interaksi antara mereka dengan masyarakat tempatan dan juga unsur akomodasi dalam kehidupan masyarakat
pluralistik pada zaman tersebut.[26]
4.0 IMPLIKASI KAHWIN CAMPUR TERHADAP HUBUNGAN
ETNIK (MASA DAHULU DAN KINI)
Masyarakat
pluralisme yang merujuk kepada masyarakat majmuk yang terdiri daripada
kepelbagaian bangsa atau kaum yang mendiami sesuatu wilayah atau negara
mengamalkan kepelbagaian budaya dan tradisi telah membuka peluang untuk
masyarakat mengadakan perkahwinan campur dalam kalangan mereka.[27]Perkahwinan
campur sememangrnya boleh mendatangkan kesan positif terhadap hubungan etnik
pada masa mula-mula terjadinya perkahwinan jenis ini.Walau bagaimanapun, tidak
dapat dinafikan bahawa hubungan etnik yang baik boleh terjejas apabila ada
pihak bersikap tidak menyenangi perkahwinan sebegini.
Implikasi
positif perkahwinan campur terhadap hubungan etnik yang terjalin pada masa
dahulu dan masa kini boleh dilihat dari aspek hubungan kekeluargaan antara dua negara (politik). Pada masa dahulu,
memandangkan sejarah berkisar lebih kepada golongan atasan, maka hubungan
kekeluargaan akibat perkahwinan campur banyak tertumpu pada kerabat diraja sama
ada melibatkan dalam sesebuah kerajaan mahupun dua kerajaan seperti yang telah
diutarakan sebelum ini. Bukan tidak ada diceritakan perkahwinan ini dalam
peringkat masyarakat bawahan, tetapi kurang.
Pada
masa kini pula, dunia semakin maju dan terhubung dengan dunia luar searus
dengan perkembangan globalisasi, maka perkahwinan campur tidak lagi begitu
terhad kepada sesuatu golongan tertentu, sebaliknya jelas menampakkan
perkahwinan dalam golongan masyarakat sosial tidak kiralah perkahwinan yang
mengerat dan menyatukan hubungan antara dua kerajaan ataupun dua keluarga yang
berbeza latar belakang dari aspek keturunan, bangsa dan budaya. Perbezaan ini
menyebabkan masing-masing berpeluang mempelajari dan menerima setiap perbezaan
kerana dirasakan mempunyai keunikannya yang tersendiri.[28]Tuntutan
pekerjaan yang lebih baik mendorong seseorang rakyat Malaysia untuk berhijrah
ke negara lain dan akhirnya berkahwin di sana. Tidak ketinggalan juga berlaku
perkahwinan rakyat Malaysia dengan rakyat negara luar yang datang merantau ke
Malaysia.
Walau bagaimanapun, apabila terdapat
perselisihfahaman antara suami isteri sehingga melibatkan keluarga, tidak
mustahil perkahwinan campur boleh mendatangkan kesan negatif terhadap institusi
kekeluargaan.[29]Hal
ini menjadi lebih buruk apabila berlaku konflik rumah tangga yang mungkin
menular menjadi isu diplomatik antara dua negara.Isu ini pernah diutarakan oleh
seorang Penolong Profesor Kulliyah Undang-undang di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), iaitu Dr. Nik Rahim Nik Wajis.Beliau berkata
perkahwinan dalam kalangan orang Islam dengan orang kafir (Barat) yang sanggup
menerima Islam sebagai satu-satunya pegangan agamanya dengan syarat betul-betul
beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah.[30]Pergolakan
rumah tangga berupaya mendatangkan impak negatif sehingga berhadapan isu
perebutan anak hasil perkongsian hidup pasangan berkenaan selepas bercerai.
Beliau menambah lagi bahawa kisah seorang ayah yang membawa lari anak ke
Malaysia daripada jagaan isteri di negara Barat adalah kisah yang tidak asing
lagi dalam media massa tempatan. Hal ini mungkin berpunca daripada penerimaan
adat yang sudah sebati dalam kalangan masyarakat Barat seperti meminum arak,
pergaulan bebas, berzina dan berjudi.Bagi seseorang yang sudah terbiasa dengan
adat ketimuran, pasti adat-adat sebegitu ditentang keras dalam kalangan
masyarakat.[31] Selain itu, implikasi positif perkahwinan
campur terhadap hubungan etnik yang terjalin pada masa dahulu dan masa kini
boleh dilihat dari segi ekonomi.Seseorang dapat meningkatkan taraf hidupnya
dengan mengahwini seseorang yang mempunyai kedudukan kewangan yang
stabil.Malah, apabila bertemu jodoh dengan pasangan yang bertindak bukan hanya
memberi keselesaan kepada diri, bahkan turut berusaha membantu dalam memajukan
ahli keluarga pasangan dianggap sebagai suatu nikmat yang boleh mengukuhkan
lagi hubungan etnik dalam sesebuah perkahwinan. Ahli keluarga pasangan itu
sekali gus akan berasa hormat kepada orang yang membantu mereka. Walau bagaimanapun,
perkahwinan campur antara dua darjat adakalanya berakhir dengan perceraian.Hal
ini kerana pasangan yang sudah terbiasa hidup dipenuhi kemewahan berkemungkinan
mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam keadaan sederhana dan serba
kekurangan bersama pasangan. Apabila sudah muak untuk hidup dalam kemiskinan,
seseorang itu akan mencari 1001 alasan untuk meninggalkan pasangan.
Terdapat juga kes seorang suami yang
berlaku curang pada isterinya setelah berjaya mengumpul dan mendapatkan harta
kekayaan atas dorongan isteri selama ini. Suami seakan-akan lupa akan
tanggungjawabnya terhadap anak-anak terutamanya isterinya. Perkara ini pernah
terjadi terhadap seorang responden yang bernama Sandra (Melayu) yang pernah
berkahwin dengan seorang lelaki Cina.[32]Disebabkan
itu, ahli keluarga Sandra semakin membenci orang-orang Cina terkecuali ibunya
seorang yang sentiasa menyokongnya. Menurut ibunya, perilaku seseorang itu
tidak boleh dinilai sama hanya kerana dia datang dari kaum yang sama dengan
bekas suaminya.[33]Jodohnya
tetap tertulis untuk berkahwin buat kali kedua dengan lelaki Cina dan
dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan.Perilaku bekas suami dan
suaminya kini jauh berbeza dan jelaslah bahawa janganlah kita membenci
seseorang hanya disebabkan oleh kaumnya semata-mata, bak kata pepatah
"kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".[34]
Di samping itu, implikasi positif
perkahwinan campur terhadap hubungan etnik yang terjalin pada masa dahulu dan
masa kini boleh dijelaskan dari aspek sosial sebagai menggalakkan
keharmonian kaum. Hal ini kerana pada kebiasaannya, generasi yang lahir
hasil daripada perkahwinan campur akan bersikap dan berfikiran lebih terbuka
sehingga dapat mengelakkan sikap perkauman. Hal ini sangat bertepatan dengan
firman Allah dalam Surah al-Hujurat pada ayat ke-13 yang mafhumnya, "Wahai
manusia!Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami
telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu
berkenal-kenalan.Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang
paling bertakwa antara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
mendalam pengetahuan-Nya."[35]
Pada
zaman dahulu, iaitu zaman Rasulullah S.A.W, baginda turut menggalakkan para
sabahat untuk berkahwin campur dengan pasangan yang jauh dan tidak mempunyai
sebarangan hubungan kekeluargaan.Bahkan, baginda sendiri pernah berkahwin
dengan seorang balu, iaitu Safiyah binti Huyay seorang wanita beketurunan
Yahudi dan memiliki hubungan kekeluargaan dengan nabi Harun dan Musa.[36]Semasa
dalam Perang Khaibar, suami Safiyah yang bernama Kinanah terlah terkorban dan
Safiyah menjadi tawanan perang. Safiyah telah dihadapkan kepada Nabi Muhammad
S.A.W dan pada ketika itulah Nabi melamarnya menjadi isteri sah baginda dan
sekali gus memeluk Islam.
Kewujudan masyarakat baharu juga
terhasil ekoran daripada perkahwinan campur.Pada kurun ke-15 terutamanya semasa
zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mansur Shah telah berkahiwn
dengan Puteri Hang Li Po. Puteri Hang Li Po ditemani oleh Laksamana Cheng Ho
yang beragama Islam dan 500 pengiring perempuan yang lain. Pengiring-pengiring
tersebut menetap di Bukit Cina dan akhirnya berkahwin dengan penduduk tempatan
sehingga melahirkan masyarakat baharu, iaitu Baba dan Nyonya.[37]
Migran
kedua terbesar selepas Cina adalah orang India yang berasal dari India Selatan
seperti Negapatam dan Madras.Di negara asal, mereka mengalami kebuluran yang
mendorong untuk bermigrasi ke Tanah Melayu terutamanya sejak pembukaan Pulau
Pinang oleh British.[38]Penduduk
tempatan yang menjalin perkahwinan melahirkan generasi baharu yang dipanggil
Jawi Peranakan.[39] Jika dilihat pada konteks era moden kini, Malaysia
jelas mengetahui bahawa Datuk Nicol David selaku ratu skuasy
negara merupakan anak Ann Marie (Cina) dan Desmond David (India).
Hal
yang sama juga terjadi apabila orang Portugis berkahwin dengan orang Melayu
melahirkan masyarakat Serani, manakala perkahwinan campur antara Melayu dan
Arab membentuk Melayu-Arab. Percampuran gen antara pasangan suami isteri yang
berlainan kaum berupaya melahirkan gen yang lebih baik bakanya sehingga
anak-anak memiliki rupa paras cantik dan comel selain daripada memiliki
kecerdasan otak yang tinggi[40]
Walau bagaimanapun, bukan semua
perkahwinan mendapat restu daripada ibu bapa dengan mudah.Hal ini kerana
perkahwinan campur mendapat pelbagai reaksi yang berbeza dalam kalangan
masyarakat majumuk.[41]Penerimaan
keluarga yang tidak baik mendorong ibu bapa untuk berusaha menentang keinginan
sehingga berusaha mencari jalan agar perkahwinan anak mereka berakhir dengan
perceraian.Lebih-lebih lagi apabila pasangan terdiri daripada dua agama yang
berbeza. Keadaan akan menjadi semakin keruh akibat termakan hasutan ibu bapa
mendorong pasangan untuk tidak meneruskan lagi perkahwinan mereka. Akibatnya,
perceraian berlaku kerana tiada persefahaman dan akhirnya bekas pasangan
kembali kepada agama asal.
5.0 ITEM PEMBINAAN KERANGKA KESEPADUAN
SOSIAL BERDASARKAN PERKAHWINAN CAMPUR DI MALAYSIA
Perspektif
kesepaduan sosial melihat masyarakat sebagai satu entiti sosial yang memiliki
keupayaan untuk membentuk kesejahteraan dalam masyarakat. Item pembinaan
kerangka kesepaduan sosial di Malaysia akibat terjalinnya perkahwinan campur
adalah sikap hormat menghormati antara satu sama lain. Pasangan dan ahli
keluarga yang terlibat akan berusaha mempelajari dan memahami adat dan tradisi
masing-masing. Sikap saling menghormati norma dan nilai penganut antara kaum
menjadi resepi dan formula untuk melahirkan hubungan etnik berlainan agama yang
begitu harmoni dalam kalangan masyarakat yang mendirikan perkahwinan campur.
Masing-masing tahu dan sedar akan sensitiviti agama dan budaya lain. Oleh hal
yang demikian, mereka akan cuba untuk mengelakkan mengucap atau melakukan
apa-apa sahaja perkara yang boleh mendatang atau menyinggung perasaan atau
sensitiviti kaum lain.
Selain itu, sikap toleransi
yang tinggi perlu menjadi item pembinaan kerangka kesepaduan sosial berdasarkan
perkahwinan campur di Malaysia. Hal ini jelas melalui aktiviti perayaan yang
menyediakan pelbagai juadah makanan yang memenuhi keperluan sosiologi dan
biologi masyarakat pelbagai etnik.Apabila keluarga pasangan daripada kaum India
bertandang ke rumah pasangan (Melayu) sempena hari perayaan Aidilfitri mahupun
Aidiladha, adalah penting agar tidak menyediakan makanan seperti daging
sapi.Tindakan sebegini adalah penting kerana menggambarkan tahap kesedaran dan
tolak ansur yang tinggi terhadap etnik yang berbeza sehingga berupaya
memantapkan kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat. Begitu juga apabila
masyarakat daripada etnik bukan Islam adalah dilarang sama sekali menyediakan
juadah yang bertentangan dengan syariat Islam terhadap orang Melayu. Jelaslah
bahawa makanan boleh menjadi simbolik kepada hubungan kekeluargaan,
persahabatan dan keakraban yang dikongsi bersama.
Di samping itu, item pembinaan
kerangka kesepaduan sosial yang dilihat tidak kurang pentingnya untuk
dipraktikkan dalam perkahwinan campur ialah sikap menjauhi elemen-elemen
negatif seperti prejudis, stereotaip, diskriminasi. Hal ini kerana sentimen
rasisme atau sifat perkauman jika dibiarkan secara berterusan akan mengancam
kestabilan dan keamanan negara. Malaysia pernah mengalami peristiwa yang
menghayat hati sehingga menumpahkan banyak darah apabila 196 nyawa orang
terkorban dalam Peristiwa 13 Mei 1969, iaitu rusuhan kaum secara besar-besaran.[42]Isu
perkauman ini telah menyebabkan seluruh negara terpaksa diisytiharkan darurat
akibat kekacauan yang tidak dapat dikawal lagi dan ramai nyawa terkorban. Oleh
itu, bagi mengelakkan peristiwa buruk sebegini berlaku pada kemudian hari,
seseorang perlulah menanamkan semangat berprasangka baik terhadap orang lain
daripada etnik yang berbeza serta mengelakkan elemen-elemen negatif seperti
prejudis, stereotaip, diskriminasi.
Seterusnya, sikap menghindari
elemen seperti egosentrik agar tidak menjadi pihak pelampau atau cauvinis
dan agama yang memperlihatkan seseorang mempunyai cara pemikiranserta tingkah
laku yang menafikan hak-hak orang lain sehingga menyukarkan mencapai usaha
mengintegrasikan pelbagai etnik di Malaysia.[43]
Akibat
kepincangan item kerangka kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat
menyebabkan Malaysia sekali lagi pernah mencatatkan peristiwa buruk apabila
berlakunya isu perkauman, iaitu, isu Peristiwa Kampung Medan melibatkan
pergaduhan antara kaum Melayu dan India di Kampung Medan selama lima (5) hari
bermula pada 4 hingga 8 Mac 2001.
6.0 KESIMPULAN
Perkahwinan
campur sebenarnya sudah berlangsung sejak sekian lama dahulu, iaitu pada zaman
Nabi Muhammad S.A.W lagi sehingga pada era tradisional di Tanah Melayu yang
menyaksikan perkahwinan kerabat diraja Kesultanan Melayu Melaka. Kedatangan
kuasa penjajah seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun yang pernah
menguasai Tanah Melayu lebih kurang 346 tahun lamanya telah merancakkan lagi
perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat tempatan. Item pembinaan kerangka
kesepaduan sosial di Malaysia akibat terjalinnya perkahwinan campur seperti
yang dinyatakan sebelum ini perlulah wujud dalam diri seseorang bagi menjamin
keamanan dan keselamatan negara sentiasa terjamin.Sesebuah negara yang tergugat
keamanannya boleh mendorong pihak luar terutama negara-negara yang kukuh dari
segi pertahanan dan ekonominya untuk melakukan penaklukan sepertimana yang
terjadi ke atas negara Palestin dan Syria yang sedang bergolak kini.Perlu
ditegaskan bahawa setelah kekacauan negara berlaku, maka adalah sukar untuk
mengatasinya lagi. Pihak luar akan berpura-pura memberikan bantuan dengan
balasan perlu tunduk ke atas mereka.
7.0 RUJUKAN
Al-Qur'an
Surah
al-Hujurat.Ayat ke-13.
Arkib
dalam Utusan Online. 1998. Permasalahan Kahwin Campur.
Malaysia
Kini.2007. Mendedahkan Punca Sebenar Rusuhan 13 Mei.
Sinar
Harian. 2015. Lebih Baik Kahwin Campur.
Disertasi/Thesis/Latihan
Ilmiah/Kertas Projek
Halimah
Mohd Said dan Zainab Abdul Majid. _____. Pengaruh Persekitaran ke Atas Sistem
Nilai Kaum Jawi Peranakan.
Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sarjit
S. Gill. 2001. Perkahwinan Campur Peranakan Punjabi di Sabah. Malaysia: Sari
19.
Artikel/Jurnal
Anuar
Puteh, Razaleigh Muhamat @ Kawangit, dan Abdul Ghafar Haji Don. Konsep perkahwinan campur dan kepentingannya
kepada usaha dakwah.(2011) Konsep perkahwinan
campur dan kepentingannya kepada usaha dakwah. Al-Hikmah, 3 . pp. 77-90. ISSN 1985—6822
Arba’iyah
Mohd Noor. 2011. Perkembangan Pensejarahan Islam di Alam Melayu (Development of Islamic Historiography in
Malay Archipelago). Jurnal Al-Tamadun. 6:
29-50.
Halimah
Mohd Said dan Zainab Abdul Majid,
Pengaruh Persekitaran ke Atas Sistem
Nilai Kaum
Jawi Peranakan.
Nordin Hussin, Geografi dan Perdagangan:Kepentingan Selat Melaka kepada Perdagangan Dunia, Asia
dan Dunia Melayu 1700-1800 : Akademika 73, 2008.
Sarjit
S. Gill. 2001. Perkahwinan Campur Peranakan Punjabi di Sabah. Sari 19 .189-203.
Zawiah Mat &Mashitah Sulaiman.Interaksi Budaya India & Cina ke Atas Pengukuhan Bahasa dalam Tamadun Melayu,Jurnal Pengajian Umum Bil. 8.
Buku
Abdul
Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara.
Utusan Publications &Distributors:
Kuala Lumpur.
Ahmad Jelani Halimi. 2006. Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat
Melaka Abad ke 15 hingga ke-18. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Jelani Helmi. 2006. Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat
Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Azmah
Abdul Manaf. 2001. Sejarah Sosial
Masyarakat Malaysia. Utusan Publications and Distributor Sdn Bhd.
Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Utusan Publications and Distributor Sdn Bhd.
Gunn.Geoffrey C. 2003. First
Globalization: The Eurasian Exchange 1500-1800.Oxford: Rowman.
Gusti
Asnan. 2009. Perdagangan Maritim Sumatera
pada Awal Abad Ke-16. Bondan Kanumoyoso
et al. (ed.). Kembara Bahari – Esei
Kehormatan 80 Tahun Adrian B. Lapian.
Jakarta: Komunitas Bambu.
Ishak
Saat. 2009. Malaysia 1945-2000. Kuala Lumpur: Utusan Publications
dan Distributors Sdn Bhd.
KongYuanzhi.
2000. Pelayaran Zheng He danAlamMelayu.
Bangi:UniversitiKebangsaan Malaysia.
Liang
Liji. 1996. Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mansur
Mohd Noor. 2012. Modul Hubungan Etnik. Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications
& Sdn. Bhd.
Nicholas Tarling. 2008. The Cambridge History of Southeast Asia Volume 1: From Early Times to c.1800. Australia : Cambridge
University Press.
Risso,
Patricia. 1995. Merchants and Faith
Muslim Commerce and Culture in the Indian Ocean. Colorado: Westview Press.
Shamsul
Amri Baharuddin. 2008. Modul Hubungan Etnik.
Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).
Shamsul
Amri. 2007. Modul Hubungan Etnik. Malaysia: Pusat Penerbitan Universiti
(UPENA).
Laman
Web
“Masyarakat
majmuk di Malaysia” dalam https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-di malaysia/. Diakses pada 18 Mei 2017.
“Konsep
Perkahwinan Campur” dalam https://prezi.com/jdp6tcguoevo/integrasi-nasional melalui-perkahwinan-campur/. Diakses pada 25.05.2017.
Responden/Orang
Perseorangan
Jamilah
binti Mahmud.15 Mei 2017. Penduduk Daerah Sepang, Selangor
Sandra
Binti Abdul Kadir. 15 Mei 2017. Penduduk Daerah Sepang, Selangor.
[2]Ibid
[3]
Liang Liji, Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia,
1996, hlm. 85.
[4]
KongYuanzhi, Pelayaran Zheng He danAlamMelayu,
Bangi:Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2000, hlm. 65-66.
[5]
Shamsul Amri Baharuddin,
Modul Hubungan Etnik,Edisi
Kedua. Shah
Alam: Pusat PenerbitanUniversiti (UPENA), 2008, hlm. 31.
[6]Azmah Abdul Manaf, Sejarah
Sosial Masyarakat Malaysia, Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd, 2001, hlm. 3.
[7]13
Mei 1969 merupakan peristiwa bersejarah di Malaysia, iaitu terjadinya kemuncak kepada
masalah perpaduan kaum yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Ishak
Saat, Malaysia 1945-2000, Kuala
Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn
Bhd, 2009, hlm. 232.
[8]Zawiah Mat &Mashitah Sulaiman, Interaksi
Budaya India & Cina ke Atas Pengukuhan Bahasa
dalam Tamadun Melayu,Jurnal Pengajian Umum Bil. 8, hlm. 9.
[9] Nicholas Tarling, The
Cambridge History of Southeast Asia Volume 1: From Early Times to c.1800, Australia : Cambridge University
Press, 2008, hlm. 368.
[10]Risso.Patricia, Merchants
and Faith Muslim Commerce and Culture in the Indian Ocean.
Colorado: Westview Press,
1995, hlm. 89.
[11]Gusti
Asnan, Perdagangan Maritim Sumatera pada
Awal Abad Ke-16. Bondan Kanumoyoso
et al. (ed.). Kembara Bahari – Esei Kehormatan 80 Tahun Adrian B. Lapian,Jakarta:
Komunitas Bambu, 2009, hlm.
48.
[12]Nordin Hussin, Geografi dan Perdagangan: Kepentingan Selat Melaka kepada Perdagangan Dunia, Asia dan Dunia Melayu
1700-1800 : Akademika 73, 2008, hlm. 4.
[13]Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat
Melaka Abad ke-15 hingga ke-18.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006, hlm. 223.
[14]
Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan
Tamadun Asia Tenggara. Utusan Publications & Distributors: Kuala
Lumpur, 2000, hlm. 352.
[15]
Gusti Asnan, Perdagangan Maritim Sumatera
pada Awal Abad Ke-16, Bondan Kanumoyoso et al. (ed.). Kembara Bahari – Esei Kehormatan 80 Tahun Adrian B. Lapian.
Jakarta: Komunitas Bambu, 37-56, 2009, hlm. 47-48.
[16]
Ahmad Jelani Helmi, Perdagangan dan
Perkapalan Melayu di Selat Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2006, hlm. 75.
[17] Shamsul Amri Baharuddin, Op., Cit. hlm. 31.
[18]Halimah
Mohd Said dan Zainab Abdul Majid,
Pengaruh Persekitaran ke Atas Sistem
Nilai Kaum Jawi Peranakan,
hlm. 9.
[19]
Arba’iyah Mohd Noor, Perkembangan
Pensejarahan Islam di Alam Melayu ( Development of
Islamic Historiography in Malay Archipelago), 2011, Jurnal Al-Tamadun. 6: 29-50.
[20]Zawiah Mat &Mashitah Sulaiman, Interaksi Budaya India & Cina ke Atas Pengukuhan Bahasa dalam Tamadun Melayu,Jurnal Pengajian
Umum Bil. 8, hlm. 2.
[21]Halimah
Mohd Said dan Zainab Abdul Majid,
Pengaruh Persekitaran ke Atas Sistem
Nilai Kaum Jawi Peranakan,
hlm. 2.
[22]
GunnGeoffrey C, First Globalization:The Eurasian
Exchange 1500-1800,
Oxford: Rowman, 2003, hlm. 169-275.
[23]Zawiah Mat &Mashitah Sulaiman, Interaksi Budaya India & Cina ke Atas Pengukuhan Bahasa dalam Tamadun Melayu,Jurnal Pengajian
Umum Bil. 8, hlm. 6.
[24] Azmah Abdul Manaf, Sejarah
Sosial Masyarakat Malaysia, Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd, 2001, hlm. 17-18.
[25] Mohd Isa Othman, Sejarah
Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur : Utusan Publications & Sdn. Bhd, 2002, hlm. 176-177.
[26]Zawiah Mat &Mashitah Sulaiman, Interaksi Budaya India & Cina ke Atas Pengukuhan Bahasa dalam Tamadun Melayu,Jurnal Pengajian
Umum Bil. 8, hlm.16.
[27]Shamsul Amri, 2007, Modul
Hubungan Etnik, Malaysia: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), 2007, hlm. 36.
[28]Ibid.
[29]Arkib
dalam Utusan Online, 1998, Permasalahan Kahwin Campur.
[30]Ibid.
[31]Ibid.
[32]
Sandra Binti Abdul Kadir, ditemu bual pada 15 Mei 2017, Penduduk Daerah Sepang, Selangor.
[33]Jamilah binti
Mahmud, ditemu bual pada 15 Mei 2017, Penduduk Daerah Sepang, Selangor.
[34]Sandra, Op.Cit.
[36]
Sinar Harian, 2015, Lebih Baik Kahwin Campur.
[38]https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat majmuk-di-malaysia/. Diakses pada 18 Mei 2017.
[39]Halimah Mohd
Said dan Zainab Abdul Majid. _____. Pengaruh
Persekitaran ke Atas Sistem Nilai Kaum
Jawi Peranakan.Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. hlm. 1.
[40] Sinar Harian. Op.cit.
[41]
S. Sarjit Gill. 2001. Perkahwinan Campur Peranakan Punjabi di Sabah. Malaysia:
Sari 19.
[42]Malaysia
Kini, 2007, Mendedahkan Punca Sebenar Rusuhan 13 Mei.
[43]Mansur
Mohd Noor, Modul Hubungan Etnik.
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2012,
hlm.67.
Subscribe to:
Posts (Atom)